KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Dimana tahap kesopanan kita bila berhadapan dgn satu ujian? Adakah dgn cara cepat melenting & lupakan asal usul budi pekerti masyarakat negara kita.
Oh ,itu satu sifat manusia..
Tapi bagaimana pula dgn didikan agama, yg mendidik kita supaya ada nilai sabar,berakhlak & jadikan doa itu satu senjata kita? Itulah kekuatan kita.
Kita dah merdeka 64 tahun lebih dari separuh abad, tapi adakah kita satu masyarakat yg bertamadun? Anak cucu cicit kita akan jauh dari budaya hina/kecam ni?
Kalau jadikan kita nombor satu budaya 'cyberbullying' , saya tak setuju. Ia tak menjamin masa depan yg baik seperti mana kita dididik oleh agama kita. Generasi kita tanggungjawab kita. Wajib utk tegur tapi bukan menghina.
'Komen' mereka yg hina & kecam tu, ramai pula like, retweet sokong & support. Ni jadi contoh 'Batu Api Moden'.
Setiap agama pasti ajar kita jadi seorang yg bermoral tapi cukuplah dgn tak menghina org lain, hina masa silam & burukkan mereka hingga mereka depression lalu mereka bunuh diri.
Baru puas hati? Kalau secebis perkataan kita buat mereka terguris & sedih, adakah kita tak rasa sedih bila kita pula diperlakukan sebegitu?
Saya sendiri adalah mangsa buli , di mana pernah org menghina saya waktu di sekolah, sehingga saya jatuh & tertekan. Tapi skrg saya bangkit semula, saya berpesan melalui pengalaman saya & harapan saya supaya hentikan cyberbullying. Ia tak sihat.
Ingatlah, kebencian ada di mana sahaja tak kira siapa pun. Pasti ada yg tak suka pada kita. Kita hanya perlu kawal dgn sabar, merendah diri, & buat yg terbaik dalam semua perkara yg kita buat. Asalkan baik disisi Tuhan.
Jangan terlalu fokus nak buktikan pada 'haters' , tapi cukup dgn buat kita & orang kita sayangi bangga.
Mencari penghargaan dari manusia ni ibarat seperti cuba berjalan tembus dinding, tak kira apa yg kita buat, kita akan sakit & terluka. Jadilah yang terbaik untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain.
Jadi ubah diri kita dahulu. Jadikan diri kita contoh yg baik buat semua, biar semua perkara baik yg kita buat jadi ikutan & inspirasi pd org lain.
Tahniah untuk Ziyad, anda tetap juara & ada rezeki akan dtg nnt🥇🇲🇾 #tweettm